Biografi ringkas Catullus

Tidak banyak diketahui tentang kehidupan Catallus. Kebanyakan sumber, termasuk Suetonius dan pemuisi Ovid (Amores III.XV), bersetuju bahawa beliau dilahirkan di Verona atau tempat berhampiran, walalupun Bukit Palatine di Rom telah disebut sebagai satu locus nascendi (tempat kelahiran) yang mungkin. Keluarganya adalah salah satu daripada keluarga penunggang kuda di Verona, tetapi beliau tinggal di Rom untuk kebanyakan hidupnya. Pada tahun 57 SM, Catullus mengiringi kawannya, Memmius, ke Bithynia ketika Memmius dilantik sebagai propraetor di sana. Jawatan politik Catallus yang tunggal adalah sebagai kakitangan gabenor Bithynia selama setahun.

Tidaklah pasti bila Catullus meninggal dunia. Sesetengah sumber mengatakan bahawa beliau maut, akibat keletihan, ketika berumur tiga puluh tahun. Secara tradisi, beliau dianggap hidup dari 84 SM hingga 54 SM; tarikh-tarikh ini didasarkan pada kilasan puisinya. Puisi-puisinya kemudian dihargai oleh para pemuisi dan ahli intelek, tetapi ahli-ahli politik seperti Cicero benci akan karya Catullus disebabkan apa yang dikatakan ketidakmoralan karya-karyanya itu.

Catullus tidak pernah dianggap sebagai pengarang aliran fikiran berkanun. Bagaimanapun, beliau amat mempengaruhi pemuisi-pemuisi yang kemudian, termasuk Ovid, Horace, serta juga Virgil; selepas penemuan semula karya-karyanya pada Zaman Pertengahan, Catullus sekali lagi memperoleh peminat-peminat. Bagaimanapun, gaya penulisannya sering amat berterus terang dan memeranjatkan banyak pembaca, baik kuno mahupun moden. Sehingga baru-baru ini, tidaklah mudah untuk mencari terjemahan yang serupa eksplisit bagi sebilangan puisinya. Bagaimanapun, Jacob Rabinowitz telahpun memulihkan keadaan ini.